Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN...

Entri kali ini..
suka nak bercerita pasal khutbah Nabi Muhammad S.A.W.
memngenai kedatangan bulan ramadhan
“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan.
Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulanRamadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dandibelenggu seluruh syaithan.

Padanya ada suatu malam yang terlebih baikdari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malamitu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.”
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka “Selamat datanglah” kepadanya.”

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu’.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya. Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertulungan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir korma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka. Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya. Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.

Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga danperlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum orang yangberpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)mengenai menyambut bulan yang mulia ini....

Friday, August 21, 2009

DOAKAN LAH KESELAMATAN KAWAN SAYA...

NEGARA

Kereta melambung ragut dua nyawa pelajar UniMAP

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

KANGAR - Dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbabas ke dalam bulatan Jubli Emas di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, kenderaan terbabit dipercayai terbabas setelah gagal mengelak pembahagi jalan berhampiran simpang bulatan itu lalu melambung dan terhempas ke dalam bulatan berkenaan.
Akibatnya, dua penumpang yang duduk di belakang terkorban iaitu Muhammad Syafiq Izzudin Mohd. Baharom dan Edgar Emerald Fredirick manakala pemandunya, Calvin Kabin Chong serta Naisardian Syah Mohamad penumpang hadapan cedera parah.
Seorang lagi penumpang, Aini Fatihah Mohd. Sabilan yang duduk di bahagian tengah belakang mengalami cedera ringan.
Kesemua mereka berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu falkuti kejuruteraan dan pelajar terselamat dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Menurut Naisardian, sebelum kereta dinaiki mereka melambung, dia sempat menjerit kepada Calvin ada bulatan di hadapan.
"Ketika itu, Calvin memandu pada kelajuan 110 kmj dan tidak sempat menekan brek dan sedar-sedar kereta kami berada di udara lalu merempuh tiang lampu dan terhempas ke dalam bulatan itu.
"Keadaan waktu itu, baru lepas hujan dan jalan raya gelap mungkin punca Calvin tidak menyedari terdapat bulatan di hadapan," katanya ketika ditemui di wad orto- pedik HTF.
Menurut Naisardian, Calvin memandu laju ketika itu kerana mahu pulang ke kolej kediaman ekoran mengalami gatal-gatal pada badan setelah digigit nyamuk di gerai tempat mereka makan malam itu.
"Kami keluar dari kolej kediaman kira-kira 11 malam untuk makan di Arau, ketika makan di sebuah gerai kami tidak selesa kerana digigit banyak nyamuk dan bergegas pulang," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Suprintendan Rosli Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, sumber lain tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit dipandu agak laju ketika menghampiri bulatan, sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan.

DOAKAN LAH BG KESELAMATAN..
RAKAN SAYA..
AINI FATIHAH BT MOHD SABILAN...
SEMOGA CEPAT SEMBUH.

Monday, August 3, 2009

CINTA DAN REALITI

HAHAHA..
DALAM ENTRI KALI NI AKU NAK CERITA PASAL CINTA...
huhuhu..
aku ada seorang kawan..
dia sangat seronok bercinta sekarang dan aku dalam keadaan tertekan akibat cinta..
dan dia selalu memandang kepada aku dengan wajah yang penuh kebahagiaan..
seolah olah kebahagiaan cinta dia boleh dikongsi @ poligami..
hahahahaha..
ya itu la kawan aku..
dia dalam bercinta..
aku??
dalam keadaan tertekan akibat cinta..
hahahahaha...
biarlah dia asyik dgn cintanya..
asalkan jangan jauh dr batasan dunia
huhuhuhuhu..
gud luck pada yang bercinta..
jangan terus khayal dengan cinta..
takut jauh dari realiti dunia..
bukan apa..
kita kan anak dara..