Sunday, June 21, 2009

C.I.N.T.A.








SESUNGGUHNYA..
CINTA ITU SEMEMENGNYA INDAH, TIADA SIAPA DAPAT MNDUGA CINTA AKAN HADIR..MMG CINTA ADALAH SATU PERASAAN YANG HALUS, TERLALU HALUS, MALAH TERLALU SUKAR UNTUK DITAFSIR, KERANA DIDALAMNYA TERSIRAT SERIBU ERTI YANG KADANGKALA... DAN ERTI CINTA ADALAH.....




Cinta adalah sebuah perasaan yang ingin membagi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mau melakukan apapun yang diinginkan objek tersebut.





SUDAH FAHAM KAH ANDA TENTANG MAKSUD CINTA YANG SEBENAR???

MAMPUKAH ANDA MMIKUL SEGALA NYA TENTANG CINTA.

MEMANG SENANG DILAFAZ. TETAPI SUKAR UNTUK DIMENGERTIKAN.

TETAPI BERTUAH NYA ANDA JIKA CINTA ITU HANYA UNTUK ILLAHI.
Ya! Cinta kepada Rabb yang menciptakan dan memberikan segala nikmat kepada kita...
Realiti dan mutakhir kini, hamba-hamba Allah SWT di muka Bumi ini semakin menjauhi diri mereka daripada mengejar cintaNya. Ini merupakan satu kerugian bagi kita.
" Mengapa ya? Apa yang ruginya? "
Saya menyatakan bahawa kejauhan kita daripada cinta Allah SWT adalah kerana cinta Allah SWT itu akan terbalas dengan segala janji Allah SWT. Sesungguhnya janji Allah SWT itu adalah pasti.
" Bagaimana kita katakan yang kita telah mencintaiNya? "
Faktor pendorong bagi menyemai rasa cintanya kepada Allah SWT adalah dengan melihat dan mencari tanda-tanda kecintaan Rabb kepada hamba-hambaNya, ataupun melihat segala nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita di dunia ini. Semua yang Allah SWT lakukan ke atas hamba-hambaNya itu adalah bersebab.
" Maka tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu adalah semata-mata untuk berubudiah kepadaKu..."
Bagaimana cinta kita kepadaNya, maka lebih lagi cintaNya kepada hambaNya. Bahkan cinta kita terbela. Jika kita ingat Allah dan cinta kepadaNya, maka Dia akan lebih lagi mengingati kita.
Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad :
"...dan Allah lah Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sentiasa memerlukan kepadaNya. "
Fenomena Allah SWT mencintai kita dan kita mencintai Allah SWt merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dalam umat Islam.Yang lebih berharga dan bernilai lagi apabila cinta kepada Allah SWT melahirkan insan-insan yang rindu kepadaNya dengan tangisan-tangisan yang menenangkan jiwa dan hati yang fitrahnya suci.
Justeru, di akhir kalam saya, ingin saya mengajak diri saya dan kalian untuk mari bersama-sama mencintai Rabb yang telah memelihara kita sejak azali kerana Dialah tempat yang sebenar-benarnya kita melabuhkan cinta.
Jika orang bertanya kepada kita akan cinta makhluk...
" Kau cintakan dia. Tapi, adakah dia cintakan kau? " Jawapan kita." Barangkali. "
Tetapi cuba jika orang bertanya kepada kita akan cinta kepada Allah SWT...
" Kau cintakan Dia. Tapi, adakah Dia cintakan kau? " Jawapan kita." Ya! Dia mencintaiku, pasti. "
Berbaloi bukan? Manakah yang perlu lebih diberi prioriti...
Maka tunaikanlah hak kita sebagai hamba kepada Allah SWT dan serulah orang lain agar sama-sama mencintaNya. Kerana rahmat dan kasih-sayang Allah SWT itu amatlah besar pengertiannya.
" Mencintai dan dicintai kerana Allah SWT..."













1 comment:

bdak_cinta said...

sedyhh ~~
terharu ~~